Thursday 20 August 2015

Princess Mak

Bismillahirrahmanirrahim, 

lama sudah ndak update. malas punya sebab. fatini memang spesis yang pemalas. JUJUR ! 
Alhamdulillah, sem 6 sudah. 3 tahun dah menuntut ilmu kat Kolej Universiti Islam Melaka. Rasanya macam semalam je baru masuk semester satu. 

Macam result sem lepas ?

Alhamdulillah, bolehlaa dan yang pastinya atas tiga lebih sikit. Alhamdulillah, syukur selalu. Allah selalu baik dengan saya. sangat baik, sebab tu saya suka bercerita tentang kebaikkanNya. 

Minggu lepas balik rumah kat alai, biasalah sabtu ahad saya ada buat partime kerja. Tolong orang sambil tu boleh dapat pahala. in shaa Allah. Tiba-tiba mak tanya, "macam mana kat kolej ?, okey kee ?" rasanya dah lama mak tak tanya soalan macam tu. dan saya pon tak bercerita sangat kat mak. 

thenn saya ceritalah, dari sem satu sampailah sem akhir ni. emm, macam-macam terjadi mak. orang pelik sangat, kenapa manusia ni tak pernah puas hati dengan orang lain ? sedangkan orang tak pernah pon kacau hidup dorang.

orang pernah kena, classmate sendiri benci dan tak suka tanpa sebab. padahal orang tak pernah pon macam tu kat dorang. adakah sebab orang pergi dan balik kelas then tak bercakap dengan dorang, dorang nak benci macam tu je. orang bukan apa, orang cuma tak berminat jee nak join dorang atas sebab sebab tertentu. tapi. ada tu sebab jelouseeeeee. maigadddd. dengan orang pon nak jelouse kee. orang bukan ada pape pon makk. orang ingat lagi masa tu orang nangis macam orang gila sampai hentak-hentak kaki kat cafe. orang dah tak peduli apa dah. uwaaa sedih sangat bila teringat. tapi alhamdulillah sekarang semua dah okey, mungkin masing-masing pon dah besarkan. orang lebih rapat dengan batch atas orang ataupun batch junior, sampaikan dorang ingat orang dah habis belajar dah,

orang pon pernah frust, sebab kena curanggg. haha. penat orang setia kat dia selama 3 tahun mak. tapi tu dia balas. walaupun orang tahu dia bukan sape-sape yang orang nak kongkong. bagi orang setiap perhubungan mesti nak kearah pernikahan. tapi mybe bukan jodoh. its okeyy, Allah bagi yang lebih baik nanti. hee. tapi sekarang ni orang tengok mak ayah sibuk nak suruh orang kahwin. orang tanak lagilaa. mak tahukan bila seoarang perempuan tu kahwin, dia kena dulukan suami, family suami barulaa family dia sendiri. habis kalau laki orang tu tak bagi balik, hah camne ?! err orang ni dahlaa anak perempuan sorang makk. lagi pon prinsip orang nak sama-sama kahwin sama-samalaa keluarkan duit. sekarang ni orang takda duit lagi. soo tunggu k sampai duit orang cukup. 

ada lagi yang lain-lain orang kena makk, malaslaa orang nak cerita. janji orang ingat pesan mak. biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang. orang ni tak baikk pon, tak alimmmm pon mak. tapi cuba nak jadi baik. tuu jeee. hmmm :')

terima kasih mak, sebab selalu dengar luahan hati orang. hehe

LOVE YOU :-*



Sunday 17 May 2015

THREE POINTS SEVEN AND SOMETHING

Assakamualaikum, salam satu malaysia bandar teknologi hijau negeriku sayang.
harini macam rajin pulak nak update. ingat nak update pakai fon tapi ape masalah entah, terpaksa bukak lappy. emm sebernanya malas nak bukak lappy. tapi hati dah niat nak update, so just go head.

okeyy, post kali ni i nak share pasal praktikal i. i praktikal kat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). emm, so far alhamdulillah laaa kodd. hati kena banyak sado maa. biasalah budak praktikal kan, paham-paham jelah dilayan nyee macam mana. but its okeyy, i anggap tu semua pembelajaran i untuk i berjaya nanti. in shaa Allah. Nasib baiklah 6 minggu je praktikal. so hope hati terus sadoolah sampai minggu ke 6. sekarang ni nak masuk minggu ke 4. sikit je lagi kan kan. *emm okey sedapkan hati sendiri*

Masa mula-mula kerja, penat laa jugak. asal  balik jee lepas isyak mesti dah tidur. kadang-kadang lepas magrib dah selamat diatas katil. nanti bangunlaa untuk solat isyak. masa i kerja macam-macam terfikir dalam kepala otak i. terfikir kat mak ayah yang penat cari duit untuk sara anak-anak then terfikir jugak laa kesian pada encik suami encik suami ni sebab mencari nafkah  untuk anak isteri depa kann.

Bagi i kerja penat, study pon penat tapiiiiiiiiii bagi i study kita boleh enjoy. enjoy sebagai life student. i macam berminat lagi dengan life student. tapi berkerja tu penting sebab nak menjana pendapatan harian kan. 
Jadiiii usahalah selagi mana boleh, agar kita berjaya. i ada aim i sendiri, tiada siapa yang tahu. wait and see okey. semoga Allah permudahkan segalanya apa yang saya niatkan. Allahumma aminn.

btw hari tuu i  mimpi, i dapat result untuk sem 5 three point seven and somethingg 3.7*. and hopefully, my dream to be reallity. Allahumma amin, amin, amin Y rabbal alamin. Mohon doa readers yee :) thankss. tapi if tidak dapat apa yang i mimpi kan tu, its okey. Allah tahu apa yang i layak dapat. Allah bagi ikut usaha masing masing. so banyak mana usaha kita, banyak tu jugaklah result kita.

Nak pesan sikit ni, buat apa dekan every sem dengan pointer three point seven or three point eight even four flat sekali pon tapi ADAB zero tiada gunanya. pesan untuk diri sendiri juga. 
KUIM three point five dah dekan dah. punyalah senang nak dekan. tu pon payah nak dapatkan.
MasyaAllah.

thats all untuk entry kali ni. moga Allah redha dan sentiasa di bawah rahmat Allah 
THANK YOU :)

Saturday 2 May 2015

Sketsa Cuti Semester

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum uolls. May Allah bless youalls okey. Amenn.

Macam-macam nak cerita senanye. Tapi malas nak update. Will be update soon okey.

Update ni jee dulu. Tu pon copy daripada my instagram. Can follow my instagram donutkekcoklat. Thanks youu :)

Sketsa cuti semester. 
Mak kata mak risau sebab anak dara dia tak masuk dapur. Takut tak reti masak.
T takut mak mentua komen "mak kau tak ajar anak dia masak ke". Aku diam jee. Sekali masak. Hah pandai pun. Sedap. Dah boleh kahwin dah. *Dalam hati aku* pergh pergh dah start dah. Suruh kahwin pulak -,-'
Aku punn diam lagi sambil basuh kuali.
Tetiba dengan sendiri mak yang bersuara.
"mak ni sikit sikit kahwin kan" 
Okeyy aku punn jawab
"haah tahuu takpe,naik bosan dah"
sambil buat muka. Sebab bosan, sukaa nau cakap pasal kahwin. Tak sayangg orang ke sampai kejap kejap suruh kahwin kejap kejap suruh kahwin T_T
tanak kahwin lagilaaa. Aiseyymennn ! nanti kalau orang rasee nak kahwin orang bagilaa tahuu mak dengan ayah. Lambat lagi T_T
Lainlaa si anje ni. Diaa memang nak kahwin sebab dia dah readylaa gamaknye.

#Amoii #Anje #pakaibajublackoutnegara #cardigen #snickers #sempoii #sungaimelaka #gambarlama.




Monday 30 March 2015

Hmm. Nak Jawab Apa Ye ?

bismillahirrahmanirrahim. Salam sejahtera. Salam satu malaysia. Salam melaka maju jaya bandar teknologi hijau. Salam GST tanya apa khabar.

For information, final around the conner.
Uwaaaa ! tolonglaa. wahai semangat datang laa engkau, datang kepada aku. Haishh, banyak main-main fatini ni. Hmm mohon doa dari kamu semuaa ya ! :)
Semoga Allah permudahkan segala urusan umat islam dunya akhirat.

Hmmm...
Yang tadi tuu, pemanis kataaa je. Minta orang doakan. Hhee.

Hah !
Nak tanyalaa kan,
Yang ladies ni kalau ayah awak tanya macam ni,
" camne kak setuju tak dengan orang tu ? "
Korang respond apee eak.

Again ! Lastweek ade orang nak datang minang lagi. Maigadd ! Bagai nak gugur jantung ni bilaa dengaq. Rasanyaa tak habis lagi dengan cerita yang sama terjadi 2bulan lepas. Senior guaa derr datang umah without guaa tahu. Tetiba jee mak gua call petang tu mengatakan simpulan bin simpulan datang umah.
What ?!!

Astagfirullah. Seram beb. Lastweek tu bukan sape sape, mak pak gua kenal seluruh keluarga dye. Anak cikguu sekolah tadika gua punya anak, student tahun akhir jurusan medic. Since gua umur 18 sampai umur 21 dah tiga yang cuba and try. Tapiiii.... gua tanak. Gua nak belajauuuuuu laaa.

Eh , kan boleh kahwin time belajauu ?

Hah !!!
Emm, ni pendapat peribadilaa.
Im not prefer laa kahwin time study. Banyak halnyaa. Banyak risikonyaa. Sebab classmate gua ada yang dah kahwin and ada anak. Kesian kodd ! Yelaa bilaa dah jadi ibu ni, nak tinggal anak pon berat jee hati. Habis macam manaa pulak dengan studyyyyyy. Susah nak arrangee ! Guaa tak setabah classmate guaa tu.

Gua target nak kahwin umur 27 habis sepanjang nak tunggu 27 tu kalau ada yang datang lagi, gua nak tolakkk ?
Hmm dosaa tak ?

Last last guaa pesan kat mak.
Mak kalau sape sape datang lagi lepas ni, jangan tanyaa orang dah. Sampailaa mulut orang ni sendiri cakap yang orang nak kahwin. In shaa Allah if ada umur ada jodoh ada rezeki.

Lepas dip ni, perancangan gua nak sambung degree tapi tak bagi tahu lagi kat mak ayah. Guaa ada cita cita nak continue sampai master. Hope sangat Allah permudahkan segalanyaa. Doaaa kan yee ?!

to bee continue...
Word for " guaa " nampak tidak sopan ?
This is my self. Just be myself. Sorry for everything ! And thank youuu !
Moga kitaa sama sama dalam rahmat dan redha Allah :)
Moga Allah panjangkan umur mak dan ayah. I lovee youuu 😘



Wednesday 21 January 2015

Perlu Ke Nak Riak ?

Bismillah, Assalamualaikum and hai ! ^^

Hari ni kan tini cakap nak cerita apa yang tini nampak. Tadikan masa tini tunggu junior tini, dye pi amek gambar passport. Ada sorang hamba Allah ni, lelaki usia dalam 30-an kodd. Tak kenal pon. Tapi tini kesian, kesian dengan orang yang senasib macam dye. Dye ni macam kurang. Like oku, istimewa or kurang. Em tanaklah specifickan ape kecacatan dye.

Tini ni jenis suka memandang then berfikir  kadang kadang bila duduk diam tak buat pape tini akan berfikir. Berfikir sesuatu, tak kesahlah kebaikkan or keburukkan. 

Okeyy, continue pasal tadi. Tini kesian sangat dengan orang camni sebab dorang mesti akan dilayan teruk oleh sesetengah orang. Cuba engkau kat tempat dye ! Ape perasaan kau ?! 

Hm tini pon berfikir untung aku ni, Allah dah beri yang sempurna. Rupa paras yang elok akal yang cerdik mampu berfikir. Cuba aku kat tempat mereka.

Sebab tu sentiasa kena bersyukur.
Jangan nak riak. Kadang kadang tini takut sangat kalau perasaan ujub riak takabbur tu ade dalam diri. Yelaa, bila setiap kali event nama akan disebut duduk di seat vip. Sebenarnya tanak pon sume ! Malu kodd. Haishh. 
Agak agak nak timbul je perasaan yang negative tu cepat cepat laa istigfar. Maka tak jadilah perasaan tu nak timbul.
Syaitonnnnnnnnnn kan ! Depan ni memang !
*marah*

Tini tak kesahlah ape orang nak cakap, sebab Allah tu lebih tahu. Kan kan. Alaa manusia memang. Ada mulut memang gtuu laa gayanye.
Sebab tini pon manusia jugak !


Tapi takpelah kan, insan yang macam tu mesti lebih mulia dari kite disisi Allah. Ade kelebihan yang Allah beri tapi kite tak nampak. Dan jangan sangka kesempurnaan kite ni takda kekekurangan. Allah tu bagi adil kat sume hambanya. Sebab dye sebaik-baik perancangan :)

Soo, lets muhasabah and dont forget say Alhamdulillah♥
Allah bagi pinjam jek pon, tak payahlah nak belagak sangat dengan apa yang kau ada tu.
Paham tak ?!


Tini tinggalkan dulu ye, ada umur ada jodoh kita jumpa dilain entry. Moga dalam redha Allah ! ♥


Terima kasih, Assalamualaikum 😊



Sunday 4 January 2015

Ilaliqa' 2014 Ahlan Wasahlan 2015

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan Salam pada junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Harini 4 JANUARI 2015, empat hari dah masuk tahun baru. Dah lama rasanyaa tak update. Mungkin Kebusy-an, sebab naik naik sem je hujung minggu dah dipenuhi dengan program. Hah ! lupe nak bagi tahu, dah sebulan dah kite naik sem baru. Result ? so far Alhamdulillah ! *GREAT*

Sekarang, kite dah final years, tahun akhir, tahun 3. yeahhhhh ! alhamdulillah. Rasanyaa baru semalam masuk semester satu tahun 2012 sekarang tahun 2015. Oh masa ! begitu cepat dikau berlari. Final years sudah aku bah. Rasa macam semalam duk ikut minggu orientasi, time tu duk sibuk usya abang senior. Hhee. *GURAU*
Ape pon teruskan perjuangan ni sampai akhirnyaa. Moga tahun baru ni semester baru ini semuanya baik baik belakaa je dan dipermudahkan segalanya dunya dan akhirah. *doa untuk readers jugak* :)

Tahun 2014, biarkan sahaja ia berlalu. Sangat banyak dugaan yang menimpa yang dialami oleh rakyat Malaysia. Antaranya pesawat yang hilang dan pesawat yang terhempas, tak lupa jugak banjir teruk yang dialami sehingga ramai yang terkorban. Harta benda habis musnah semuanya, tiada apa yang tinggal.
Sama seperti lirik lagu rabbani "tiada apa milik kita, semuanya milik Allah"
Yess ! Semua Allah punyaa !

Dear Allah,
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Alangkah sedih nya hati ini, Alangkah sayuu hati ini tatkala melihat mereka didalam musibah, walaupun hanya melihat didalam televisyen tidak ada ditempat kejadian. Hati ini hanya tuhan sahaja yang tahu. Sedih ! Sedih walaupun mereka bukan darah daging kitee tetapi mereka saudara seislam kite. :'(

" Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya."
 ( 2:286 )

Maka bersabarlahhh wahai sayanggg, sesungguhnya Allah itu sangat sayang sangat cinta akan kamu.
Ingatlah, Allah itu maha tahu. Dia tahu apa yang Dia buat. Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

" Tiada suatu bencana pun menimpa dibumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab Lauhul Mahfuz  sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah "
( 57:22 )

Lastly, jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya kerana orang yang berputus asa dari rahmatNya hanyalah orang kafir ( 12:87 ) Moga tahun baru ni diberi sedikit sinar untuk kita dan semua umat islam seluruh dunyaa :) please keep ur smile cause its SUNNAH. Don't forget pray for me and UMMAH.

And, I LOVE SUNNAH ! :)



BA ALIP BAIIIII :D

Tuesday 11 November 2014

Betul ke Pilihan kita ?


Pernah tak terfikir yang segalanya pilihan yang awak buat, sebenarnya telah ditentukan oleh Tuhan ? tak pernah ? sebab tu awak susah REDHA.

kadang-kadang awak fikir, kenapa buat pilihan begitu begini. Kadang-kadang awak berharap masa berputar kembali supaya awak boleh pilih yang lain.

Sebenarnya awak silap. Kalau semua benda boleh diputar balik belakang,
takdalah dikatakan HIKMAH.

Awak buat pilihan, tapi pilihan tu tak membahagiakan awak. 
kenapa ? 
adakah awak salah pilih ?
tak, sebab ia dah ditakdirkan. Bukan maksudnya awak kena menyalahkan takdir. Pilihan yang awak buat tu sebenarnya atas izin DIA. KUN FAYAKUN. ingat ? semua atas izin-Nya.

Ada sebab kenapa kadang-kadang pilihan awak salah. sebab Tuhan nak awak belajar sesuatu dari situ. Ingat, kata 'MAHA' bukan dicipta untuk manusia. Tuhan biar awak salah, supaya awak belajar mengenal punca masalah.

contohlah kan, awak suka pada seseorang dan seseorang itu khianati awak. Awak mesti fikir, kan bagus masa berputar balik. Dah tentu awak tak pilih dia kannn. tapi awak silap sebenarnya. Tuhan tu izinkan awak rasa cinta dan kecewa. sebab DIA nak ajar ada cinta yang tak perlu tiba sebelum masanya. Sebab tu adanya hikmah berupa kekecewaan, supaya awak sedar, cinta sebelum nikah tu sia-sia.

Tuhan tu Maha mengetahui. Dia tahu setiap nafas, setiap upaya, setiap rasa awak. bukan DIA sengaja biar awak kecewa sedih.
takkkk.
Cara Tuhan berkerja ni lain. DIA berkerja penuh rahsia. Lalu DIA bagi awak kesedihan, supaya awak belajar sesuatu tentang pilihan ^^