Tuesday, 11 November 2014

Betul ke Pilihan kita ?


Pernah tak terfikir yang segalanya pilihan yang awak buat, sebenarnya telah ditentukan oleh Tuhan ? tak pernah ? sebab tu awak susah REDHA.

kadang-kadang awak fikir, kenapa buat pilihan begitu begini. Kadang-kadang awak berharap masa berputar kembali supaya awak boleh pilih yang lain.

Sebenarnya awak silap. Kalau semua benda boleh diputar balik belakang,
takdalah dikatakan HIKMAH.

Awak buat pilihan, tapi pilihan tu tak membahagiakan awak. 
kenapa ? 
adakah awak salah pilih ?
tak, sebab ia dah ditakdirkan. Bukan maksudnya awak kena menyalahkan takdir. Pilihan yang awak buat tu sebenarnya atas izin DIA. KUN FAYAKUN. ingat ? semua atas izin-Nya.

Ada sebab kenapa kadang-kadang pilihan awak salah. sebab Tuhan nak awak belajar sesuatu dari situ. Ingat, kata 'MAHA' bukan dicipta untuk manusia. Tuhan biar awak salah, supaya awak belajar mengenal punca masalah.

contohlah kan, awak suka pada seseorang dan seseorang itu khianati awak. Awak mesti fikir, kan bagus masa berputar balik. Dah tentu awak tak pilih dia kannn. tapi awak silap sebenarnya. Tuhan tu izinkan awak rasa cinta dan kecewa. sebab DIA nak ajar ada cinta yang tak perlu tiba sebelum masanya. Sebab tu adanya hikmah berupa kekecewaan, supaya awak sedar, cinta sebelum nikah tu sia-sia.

Tuhan tu Maha mengetahui. Dia tahu setiap nafas, setiap upaya, setiap rasa awak. bukan DIA sengaja biar awak kecewa sedih.
takkkk.
Cara Tuhan berkerja ni lain. DIA berkerja penuh rahsia. Lalu DIA bagi awak kesedihan, supaya awak belajar sesuatu tentang pilihan ^^




No comments:

Post a Comment