Thursday 20 August 2015

Princess Mak

Bismillahirrahmanirrahim, 

lama sudah ndak update. malas punya sebab. fatini memang spesis yang pemalas. JUJUR ! 
Alhamdulillah, sem 6 sudah. 3 tahun dah menuntut ilmu kat Kolej Universiti Islam Melaka. Rasanya macam semalam je baru masuk semester satu. 

Macam result sem lepas ?

Alhamdulillah, bolehlaa dan yang pastinya atas tiga lebih sikit. Alhamdulillah, syukur selalu. Allah selalu baik dengan saya. sangat baik, sebab tu saya suka bercerita tentang kebaikkanNya. 

Minggu lepas balik rumah kat alai, biasalah sabtu ahad saya ada buat partime kerja. Tolong orang sambil tu boleh dapat pahala. in shaa Allah. Tiba-tiba mak tanya, "macam mana kat kolej ?, okey kee ?" rasanya dah lama mak tak tanya soalan macam tu. dan saya pon tak bercerita sangat kat mak. 

thenn saya ceritalah, dari sem satu sampailah sem akhir ni. emm, macam-macam terjadi mak. orang pelik sangat, kenapa manusia ni tak pernah puas hati dengan orang lain ? sedangkan orang tak pernah pon kacau hidup dorang.

orang pernah kena, classmate sendiri benci dan tak suka tanpa sebab. padahal orang tak pernah pon macam tu kat dorang. adakah sebab orang pergi dan balik kelas then tak bercakap dengan dorang, dorang nak benci macam tu je. orang bukan apa, orang cuma tak berminat jee nak join dorang atas sebab sebab tertentu. tapi. ada tu sebab jelouseeeeee. maigadddd. dengan orang pon nak jelouse kee. orang bukan ada pape pon makk. orang ingat lagi masa tu orang nangis macam orang gila sampai hentak-hentak kaki kat cafe. orang dah tak peduli apa dah. uwaaa sedih sangat bila teringat. tapi alhamdulillah sekarang semua dah okey, mungkin masing-masing pon dah besarkan. orang lebih rapat dengan batch atas orang ataupun batch junior, sampaikan dorang ingat orang dah habis belajar dah,

orang pon pernah frust, sebab kena curanggg. haha. penat orang setia kat dia selama 3 tahun mak. tapi tu dia balas. walaupun orang tahu dia bukan sape-sape yang orang nak kongkong. bagi orang setiap perhubungan mesti nak kearah pernikahan. tapi mybe bukan jodoh. its okeyy, Allah bagi yang lebih baik nanti. hee. tapi sekarang ni orang tengok mak ayah sibuk nak suruh orang kahwin. orang tanak lagilaa. mak tahukan bila seoarang perempuan tu kahwin, dia kena dulukan suami, family suami barulaa family dia sendiri. habis kalau laki orang tu tak bagi balik, hah camne ?! err orang ni dahlaa anak perempuan sorang makk. lagi pon prinsip orang nak sama-sama kahwin sama-samalaa keluarkan duit. sekarang ni orang takda duit lagi. soo tunggu k sampai duit orang cukup. 

ada lagi yang lain-lain orang kena makk, malaslaa orang nak cerita. janji orang ingat pesan mak. biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang. orang ni tak baikk pon, tak alimmmm pon mak. tapi cuba nak jadi baik. tuu jeee. hmmm :')

terima kasih mak, sebab selalu dengar luahan hati orang. hehe

LOVE YOU :-*



No comments:

Post a Comment