Saturday 21 December 2013

Result Oh Result !

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH :)

Astagfirullahazim, Astagfirullahazim, Astagfirullahazim.
Alhamdulillah. Saya dah dapat dah result untuk sem 2. Walaupun agak mengecewakan sedikit tapi saya bersyukur sangat-sangat kehadrat Ilahi. Terima kasih kawan sebab masih memberi semangat tatkala saya jatuh.

Saya bersangka baik dengan Allah. Walaupun masa sem lepas saya sentiasa motivate diri sendiri yang bahawa senya keberkatan itu penting pasti Allah pandang jadi Allah pun dah bagi apa yang sepatutnya pada diri saya. So bersyukurlah terlebih dahulu dengan apa yang Allah dah bagi kan kan, itu yang terbaik !

Takkan Allah jadi sesuatu tanpa sebabkan. Mungkin adalah sebab-sebab kenapa result saya macam tu. Tu salah saya sendiri. Ada kawan saya cakap, mungkin sebab saya join organisasi kat sini. Bagi saya tak pun, Saya rasa saya dah bagi masa dengan sebaik yang mungkin.

Saya tengok senior-senior saya yang join organisasi di kolej saya ni ramai je yang berjaya, dekan setiap sem lagi tu. So saya berpendapat semua tu terpulang diri sendiri kan macam mana nak manage.
Setiap tangunggjawab itu amanah Allah, Allah yang pilih. Allah takkan bagi kalau kite tak mampu kan. Jadi lakukanlah sebaik yang mungkin. Buat kerana Allah, In shaa Allah everything gonna be alright.
Saya yakin pada Allah. Dye maha mengetahui segalanya. Dye tahu apa yang rasakan, apa yang saya mahukan dan semuanyalah

Saya yakin Allah tanak saya sentiasa duduk di zon selesa di setiap sem, kalau saya duduk di zon selesa mesti saya kurang berusaha kan sebab tu Allah bagi macam ni kat saya supaya saya lebih sedar dan terus bangkit untuk berusaha  ! In shaa Allah sem ni dan sem akan datang saya pasti buat yang tebaik ! Rabbi yassir wala Tu'asir ya Karim :')

SAYA BELAJAR KERANA ALLAH DEMI MASA DEPAN SAYA UNTUK KELUARGA SAYA YANG TERCINTA.


PERSEPSI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA


Nak Jadi Insan Yang Lebih Bertanggungjawab Dari Semua Aspek.
Semoga Allah Permudahkan Segalanya.
Didunia Mahupun Diakhirat Kelak.
Allahumma Aminn :')

No comments:

Post a Comment