Tuesday 9 July 2013

Ya Allah Izinkanlah Ya Allah.

; Bismillahirrahmanirrahim. 
alhamdulillah kerana Engkau izinkan aku untuk aku terus berusaha untuk menjadi hambaMu yang ohsem :')

Ya Allah, tatkala hambaMu yang lain sedang mengejar cinta manusia. aku berdiri disini hanya mengharapkan cinta dariMu. kerana hadirnya cinta itu kerana dengan izinMu dan Engkau yang mencipta cinta itu.

Ya Allah, sesungguhnya aku hanyalah seorang insan yang lemah. aku tak tahu jika aku hidup diatas bumi ini tanpaMu. Aku cuma ingin jadi seorang insan yang solehah dambaan setiap insan.

Ya Allah, air mata ini mengalir semata-mata hanya kenangkan dosa lampau yang telah aku lakukan. Ya Allah jika Engkau izinkan mahu sahaja aku hilang ingatan sebab sangat menghampakan masa lalu aku. Aku merasa sangat bodoh dengan apa yang lakukan. Tapi kan Ya Allah, Engkau sangat sayangkan aku sebab itu Engkau sedarkan aku, terima kasih Ya Rabb.

Engkau jugak telah hantar orang yang baik-baik di sekeliling aku. Aku sangat bersyukur sebab sekarang aku dah mampu dan kuat untuk Mu, in shaa Allah. Semata-mata hanya ingin cinta Mu.

Ya Allah tatkala syaitan bersorak gembira kerana dapat menghasut anak adam kearah kejahatan aku hanya mampu menangis dan terus berdoa Ya Allah. Ya Allah aku sangat sedih dengan umat islam sekarang ni. Mereka islam cuma hanya pada I/C bukan jalankan tangunggjawab yang telah Engkau berikan. Teringat aku semasa MTF baru-baru ini, aku dari fakulti akademi pengajian islam. Kami punya trademark ' Allahu Akhbar 3x '. Yang sedihnya ada junior ni dari fakulti lain bukan dari fakulti akademi pengajian islam boleh cakap ' tengok trademark kami, hebatkan ?! tak macam API guna Allahu Akhbar, ape barang '. Ya Allah, dalam hati aku ini hanya mampu beristigfar je apabila dengar budak itu cakap. Sedar ke tidak ape yang dia cuba utarakan itu, tanpa Allah siapa kita ?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Astagfirullahalzim. Sedih dan sangat sedih dengan umat islam sekarang. Nauzubillah Ya Allah untuk diriku serta keluarga aku.

Ya Allah aku tahu Engkau maha penyanyang lagi maha mengasihani. Engkau selamatkanlah umat islam sekarang ini Ya Allah. Umat islam sekarang ditindas Ya Allah. Engkau pandanglah kami dengan rahmatMu dan kasih sayangMu. Aku jugak tahu sesungguhnya Engkau sebaik perancang.

Ya Allah, Aku sedang mengejar cintaMu tetapi aku hanyalah insan biasa dan perlukan cinta dari manusia. Engkau izinkan aku untuk mencintai insan yang mencintaiMu lebih dari apa pun.

Solehah adalah cita-citaku, syahid adalah impianku. Izinkanlah Ya Rabb.
Engkau permudahkanlah segalanya, permudahkanlah untuk aku jalankan tangunggjawab yang telah Engkau sandarkan di bahu ku ini.


Aminnnn.....










No comments:

Post a Comment