Saturday 12 January 2013

Tips Lindung Diri Untuk Hawa

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah saya mula mencoretkan cerita saya pada hari ni. Alhamdulillah sudah pon masuk tahun 2013, dan bersyukur sangat-2 kerana Allah masih memberi saya untuk terus hirup oxygen-Nya di atas muka bumi ini :)
hari ni saya nak share dengan anda semua ape yang saya dapat. nak tahu tak ape dye ?

INI KISAH BENAR YANG BERLAKU KEPADA SEORANG WANITA DARI MALAYSIA YANG BERKERJA DI AMERIKA.


Alhamdulillah dia seorang muslimah yang menutup aurat dan memiliki akhlak yang baik. Pada satu malam, wanita ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, apabila berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-2 lagi dia berjalan seorang diri. Tiba-2, dia ternampak ada lelaki (kulit putih amerika ) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula berasa gentar dan tidak sedap hati. Apa yang dia boleh buat pada masa itu hanyalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.Dia telah membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia pada saat itu. Ketika dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Alhamdulillah, nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan dia selamat sampai ke rumahnya.

Keesokan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang sama yang dia lalui semalam. Perbezaan masa hanya 10minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab, dia terus ke balai polis membuat aduan. Wanita ini dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis telah mendapat bukti bahawa lelaki itu perogol yang dicari. Akan tetapi dia berasa hairan kenapa lelaki itu tidak jadikan dia mangsa ketika itu. Mangsa sebenar perogol tersebut adalah perempuan yang selepas dia. Jadi dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol sebelum hukuman dijatuhkan.

Dia pon bertanya si perogol itu,

" Why don't you do anything to me on that night even through you know that i'm alone ? "
( Kenapa awak tidak mengapa-apakan saya malam itu walhal awak tahu saya seorang sahaja masa itu )

Perogol itu pun menjawab,

" No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If were alone of course you will be my victim.. "
( Tidak, awak bukan keseorangan. malam itu saya nampak ada dua orang lelaki berjalan dengan awak. seorang disebelah kanan dan seorang lagi disebelah kiri. kalaulah awak berseorangan malam tu, sudah pasti awak menjadi mangsa saya.. )

Wanita itu berasa amat terkejut bila mendengar penjelasan perogol tersebut. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memeliharanya, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca pada malam kejadian.

Cerita ini memang menarik. Tambahan kepada pesanan guru saya, beliau ada menyatakan bahawa setiap lelaki dan wanita(baik buat isteri-2) yang mengamalkan membaca ayat Kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT, maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia seperti :

  1. Dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (sakit santau), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
  2. Terselamat daripada kejahatan kes ragut, rogol, kecurian mahupun pembuli jalan raya.
  3. Dijauhkan dari fitnah jalanan sepeti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datang dari Allah atas keyakinan kita pada-Nya iaitu hikmah kalam-Nya terhadap mereka yang beriman dan bertakwa pada Allah dan rasul-Nya SAW.


    WALLAHU A'LAM.


    tajuk buku ' Berbahagialah Wahai Wanita '
    tulisan Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al Hafiz serta Nordin Bin Ja'afar
    keluaran Inteampublishing

    sekian sahaja coretan saya pada hari ini. hope ilmu yang saya dapat kongsi bersama :)


    Duhai wanita, tahukah kau betapa istimewanya dirimu. kerana engkau di pupuk dibelai dijage sejak dirimu seusia kecil lagi :')



    Firman Allah...
    Wahai Nabi, suruhlah isteri-2mu anak-2 perempuanmu dan perempuan-2 yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai wanita yang baik-2) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha Pengampun lagi maha Mengasihani.
    ( Al-Ahzab:59 )








    Ni sahabat baru saya.
    Kolej Universiti Islam Melaka
    Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam
    semester satu :)



    * yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan dan kekhilafan diri saya sendiri. minta maaf andai ada yang terasa dengan saya sepajang pengenalan ini :)
    doakan diri agar sentiase dikuatkan iman hati serta semangat. doakan diri ini juga agar jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. serta doakan diri ini agar jadi wanita yang solehah. in Shaa Allah. terima kasih atas support yang kalian telah sumbangkan. hehe

No comments:

Post a Comment