Monday, 12 November 2012

Awas ! Penyelenggaraan Hati :)

Duhai hati,
Jangan pernah kau kering,
Jangan pernah kau tandus,
Jangan pernah kau gersang,
Kerana aku takkan pernah mahupun kembali ke masa silamku.

Duhai hati, 
Jangan pernah kau ke kiri dan ke kanan,
Jangan pernah kau ke depan dan ke belakang,
Jangan pernah kau berganjak sedikit,
Tetaplah kau dijalan ini,
Walau pahit yang kau hadapi,
Tetaplah kau demi syurga-Nya.


sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya di atas hati anak adam. apabila anak adam berzikir, syaitan itu akan berundur dan apabila anak adam itu lupa kepada Allah, syaitan itu akan mengunyah hatinya.
nauzubillah ya Allah :-/

Duhai hati,
Tetaplah sujud kepada-Nya,
Ingatlah engkau segala nikmat-nikmatNya,
Syukurlah engkau segala pemberianNya,
Redhalah engkau atas segala kehendakNya,
Jadilah sebaik-baik hati duhai hati.

Ya RABB !
Kurniakanlah daku sekeping hati,
Yang sentiasa mengingatiMu,
Yang ikhlas berdiri di jalanMu,
Yang sanggup berjuang demi agamaMu.

Kuatkanlah aku Ya Allah,
Kuatkan aku,
Kuatkan aku, duhai hati.


'' Jika demikian adakah orang yang telah dilapangkan dadanya oleh Allah menerima islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya ( hidayah pentujuk ) dari Tuhannya ( sama seperti orang yang bertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan )
maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah.
mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.



setitik kotoran kalau dibiarkan lama-lama tanpa membersihkannya, ia akan kotor jua sehingga boleh merosakkan hati kita serta diri sendiri.




ubat hati yang paling berkesan adalah al-quran,
solat malam,
berkumpul dengan orang soleh,
banyakkan puasa,
zikir malam.


semoga CINTA kepada ALLAH memenuhi setiap ruang hatiku,
tidak berbelah bagi hanya untuk NYA <3


Ya Allah, sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah dan sering melakukan kekhilafan.
Ya Allah, aku takut jika aku berpaling dari-MU,
kuatkanlah hati ini Ya RabbuIzzati,
tetapkanlah iman ini yang sering goyah tatkala dugaan dan cubaan-MU mendatang.
semoga aku jadi anak yang solehah,
insyaAllah aminn :')

*Alhamdulillah Allah masih memberi nafas untuk melihat bumi ini lagi. coretan saya pada hari ini bukanlah nak bajet baik, mahu pon berlagak baik or alim or nak betulkan orang mahupun seangkatan dengannya. coretan saya hari ini hanyalah untuk peringatan untuk diri ini yang sering alpa serta buat kawan-2 saya yang saya sayangi. saya pun belum cukup baik dan cuba untuk jadi yang baik dari terbaik, cuba cuba dan akan terus mencuba.
insyaAllah, Allah kan ade :') 
pasti DYE akan menolong kite right ?
berdoalahh untuk kebaikan bersama.
sekian terima kasih.
komen anda amat diperlukan untuk menambah baikkan blog saya.
mohon follow sekali ya.
syukran jazilan wa kathiran.
JAZAKALLAH.




kuatkan ilmu didada
bawalah ilmu kemana saja
kerana ilmu pembantu kita
bagi mengelak segala siksa NYA..

4 comments: