Friday, 25 January 2013

Tidak Akan Masuk Neraka Orang Yang menangis Kerana Takutkan Allah

Rasulullah S.A.W telah bersabda,

" Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya. "

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada bulu matanya berkata,

" Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.W.A telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut pada-Mu "

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelematkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah. Malaikat Jibril A.S mengumumkan :
" telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut ( bulu mata ).

Jadi sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kite sendiri pilih syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.
Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad S.A.W juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.
Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaa akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga.
Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka.


CERITA HATI
Ya Allah,
Maafkanlah kejahilan hamba-Mu,
Ku sering melanggar larangan-Mu,
Dalam sedar ataupon tidak
Ku sering meninggalkan suruhan-Mu,
Walau sedar aku milik-Mu,
Bilakah diri ini akan kembali kepada fitrah sebenar ?

Pagi ku ingat petang ku alpa,
begitulah silih berganti.

Ya Allah Kau pimpinlah diri ini,
Yang mendambakan cinta-Mu,
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan-Mu,
Kau pengasih Kau penyayang kepada hamba-hamba-Mu,
Selangkah ku kepada-Mu,
Seribu langkah Kau padaku.

Ku sering berjanji di hadapan-Mu,
Ku sering jua memungkiri,
Ku pernah menangis kerana-Mu,
Kemudian ketawa semula,
Ku takut pada-Mu,
Ku mengharap jua pada-Mu,
Moga aku akan selamat dunia akhirat.


Pintu taubat itu masih terbuka sehinggalah matahari terbit disebelah barat.
ALLAH MAHA PENGAMPUN,
LAGI MAHA PENYAYANG.



Ya Rabb, Hanya pada-Mu aku Meminta :'(


Bersyukurlah kita dapat hidup di negara yang aman ni, in shaa Allah. 
cuba kalau kita tinggal di palestin, syiria, mesir, lebenon dan tempat-2 yang sedang berjihad di jalan Allah sempatkah kite untuk bertaubat ?





Pernahkah kite tahu, semenjak pemerintahan Mustapha Kamal Atartuk yang sangat kejam itu ! graf islam tak pernah naik sehinggalah ke hari ni. siapa lagi yang nak naikkan graf islam itu kalau bukan kite ! 
sedarlah wahai saudara-saudariku !
marilah kite bersama mendoakan  saudara seislam kite yang sedang berjihad di jalan Allah.
sesungguhnya senjata orang mukmin itu adalah doa.
Assalamualaikum :)



3 comments: