Tuesday 14 January 2014

Allah Bersamaku


Alhamdulillah, dah masuk tahun 2014 ! saya dah melangkah ke alam angka dua, im 20 years old ! saya dah tua, hehe. Dan semakin hampir jugalah untuk saya menghadap sang pencipta saya. Allahu Akhbar. Tahun ni banyak cerita sedih yang saya rasa saya tak mampu untuk hadapi tapi Allah tu Maha adil. Sebab apa ? Dia mengembirakan saya. Saya tanak cerita tentang cerita sedih saya but saya nak cerita tentang apa yang telah Allah gembirakan saya.

Dalam Al-quran ada berkata " La Tahzan, InnaAllaha Ma'ana ". Yep, that's right.Saya rasa semua tu. Alhamdulillah. Syukran Ya rabb :')

Baru2 ni saya ada pergi tempat saya nak sangat pergi selain ke BaitulHaram, saya pegi ke Baitulqura' wal Fuqaha'. Subhanaallah, saya rasa beruntung sangat2 sebab dipilih oleh Allah untuk hadir ke majlis ilmu. Masa tu Syeikh Nuruddin yang bagi kuliah. Terima kasih kat kawan saya, sebab mengajak ! thanks Mazura, Ummu dan Farah ! Sayang korang ! t sila bawak saya lagi ye :) 
Macam2 saya dapat walaupun tidak keseluruhan. Best sesangat-sangat. hehe ^^

Tidak lupa jugak, Hari ni kan hari ulang tahun kelahiran kekasihNya. Sanah Helwah ya Rasulullah ya Habiballah. Kau contoh terbaik sepanjang zaman. Sollu Alan Nabiy !


Semalamkan, saya pergi ke masjid muhibbin ada majlis maulid, kuliah disampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin. hah siapa tu ? alaaa awak pernah tengok tak Muhammadku kat tv 3 tu. Yang sampaikan kuliah tu, beliau lah yang datang semalam. Walaupun sampai tersesat2 nak sampai ke sana tu, alhamdulillah Allah permudahkan. Selain kuliah ada qasidah sekali taw. Memang best lah kan, saya dahlah obses qasidah.

Dalam masa yang sama juga, ada kanak2 cina convert islam. Subhanaallah ! bergetar hati ni, sebak, meremang bulu roma, time Habib Ali mengajar mengucap 2 kalimah syahadah. For the first time saya saksi kan orang convert islam ! barakallah adik ! masa malam tadi pun langit sangat cerah dan angin sepoi2 je. Saya pun tak tahu nak ungkapkan apa yang saya rasakan. Yang saya mampu hanya memanjatkan kesyukuran, memuji sang pencipta apa yang telah terjadi di hadapan mata saya dan dalam hidup saya. 
Syukran Ya Rabb, 
Allahu Akhbar ! :')


Rindu sangat. Allahu :')

 اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ



Hidayah itu milik Allah
Barakalallah Adik ! Saudara islam yang baru ^^
Allah bersamamu wahai adik yang comel.







No comments:

Post a Comment