Wednesday, 13 November 2013

Sweetnya Dia Kalah Gula2 Kapas

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم

Hehe, still dalam cuti sem lagi. Saya tak buat ape2 pun cuti sem ni. Nak pergi jalan2 adik sekolah lagi. So kerja saya update blog jelah. Walau pun saya ni bukan pengupdate blog yang tegar macam yang lain2 tu. Saya tak tahulah zaman sekarang ni masih ada ke lagi orang yang suka membaca, hmm saya rasa ade kodd. Sebab orang sekarang ni prefer tengok video daripada membaca. betul tak ???
Tapi tak kesah, hopefully deme bacelah ye blog saya ni. Hiks

jeng jenggggggggggggggggggggggg ! ^_^

'' Tidakkah kamu tahu Allah memiliki kerajaan langit dan bumi ? dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah '' - Al-Baqarah : 107 -

Kemana saya pergi Dia pasti ada menemani di sisi. Tak kesah waktu saya suka, gusar, resah gelisah mahupun waktu saya sedih. Saya tak pernah rasa takut sebab Dia ada dengan saya.
Pada Dia saya tak malu pun nak bercerita nak luahkan walaupun kadang2 tu ada benda yang sukar untuk saya ceritakan dan luahkan melalui kata2. Dia cakap ' takpe, tak perlu pon utk susun ayat utk bagi tahu Die ' sebab Dia dah pon tahu apa yang ada kat dalam hati saya ni. 

Sweeeeettttttttnnnnnnnnnnnnnnnnnnyyyyyyyyyyeeeeeeeeee DIA :')

'' Katakanlah jika kamu ada sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya. Dan mengetahui apa yang ada di langit mahupun apa yang ada di bumi, Allah maha kuasa atas segala sesuatu '' - Ali-Imran : 29 -

Dia jugak sangat kaya, tidak orang pon yang boleh challenge Dia taw. Semua yang ada ni, Dia yang bagi. Tapi Dia tak bagi direct kat saya tapi Dia bagi melalui mak ayah saya sebab Dia tahu saya tak mampu utk balas balik apa yang Dia dah bagi kat saya.

Sweeeeettttttttnnnnnnnnnnnnnnnnnnyyyyyyyyyyeeeeeeeeee DIA :')

'' Katakanlah Muhammad siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah mengatur segala urusan. Maka mereka menjawab ALLAH , maka katakanlah mengapa kamu tidak bertaqwa kepadaNya ? '' - Yunus : 38 -

Dengan Dia saya banyak kisah kesalahan, kesilapan dan kemaafan :( 
Dari lahir sehinggalah sekarang dan mungkin akan2 datang dah banyak kali dah saya kecewakan Dia :'(
Apa yang Dia suruh saya selalu je bantah. Degil betul saya ni ! kalau dengan manusia mesti saya dah kena marah :'(
Tapi dengan Dia tak pernah marah saya. Dia sabar je dengan saya. Dia tetap maaf kan saya. dan teus maafkan saya selagi roh tak ditarik melalui kerongkong. Hmm baik kan Dia :(

'' Katakanlah wahai hamba2Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah yang maha pengampun maha penyanyang '' - Az-Zumar : 53 -

Kadang2 tu kan Dia rindu kan saya, terlalu rindu yang amat. hah camne tu. rindu tak terkata lah kan kan.
Waktu Dia rindukan saya kan, Dia bagi hadiah kat saya. Dia bagi macam2 ujian dan dugaan. Dengan cara itu saya boleh dating lama2 dengan Dia, sebut nama Dia dan berbual dengan Dia. 


Sweeeeettttttttnnnnnnnnnnnnnnnnnnyyyyyyyyyyeeeeeeeeee DIA :')

'' Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui '' - Al-Baqarah -

'' Maka ingatlah kepadaku, dan Aku akan ingat padamu '' - Al-Baqarah : 152 -


Dia Maha Segalanya Yang Ada Dibumi Dan Di langit
























No comments:

Post a Comment