Monday 28 October 2013

SubhanaAllah, I'm Fall in Love !

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum readers semua :)

Apa khabar iman hari ini, sihat ? semoga kite semua dalam lindungan rahmat Allah. Saya bukanlah penulis yang bagus seperti blogger2 yang lain. BM saya pun tak bagus, jadi saya taip jelah ape yang saya suka k :) asal kan boleh semua orang paham. hehe. Dah lame dah tak update kan, busy sikit dengan FINAL EXAM. Alhamdulillah sekarang saya dah mula cuti sem. FINAL EXAM kali ni saya rase lebih bersemangat daripada semester lepas sebab saya nak 4flat. hehe. Bukan tak syukur dengan result semester satu. Alhamdulillah ia memuaskan BUT belum sangat memuaskan. HOPEFULLY terbaik, usaha sudah sekarang tinggal berdoa dan terus berdoa and tawakkal. in shaa Allah Aminnn.

Eh, lari dari tajuk. hee. maaf ye !
hari ni saya nak cerita dan saya nak bagitahu yang saya jatuh cinta. Saya ulang lagi sekali saya JATUH CINTA. SubhanaAllah ! indah sungguh perasaan yang Engkau ciptakan untuk hambaMu. Saya yakin semua orang akan merasa ape yang saya rasa kan ?!! Kita sebagai manusia tak boleh nak lari daripada perasaan cinta, sayang, suka, rindu dan pelbagai perasaan yang indah. Jika kite miliki semua ini, kite akan akan merasa ' dunia ini ana yang punya ! ' hehe.

Opssss ! terlebih sudah.
Saya tidak fall in love pada mane2 someone pun, saya cuma minat or '' suka '' je. hehe ( shy ) tapi biar Allah yang tentukan segalanya.
Hah ?! nak tahu tak saya fall in love pada siapa ?

Saya fall in love pada kekasihNya, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ( sollu 'alan nabiy ! )
Ya Allah, hebat sungguh Kau cipta perasaan ini :') Kau ciptakan perasaan cinta, rindu tanpa meihat wajah kekasihMu. SubhanaAllah ! hebat, hebat, hebat sungguh ! tak tahu nak kate macam mana perasaan ni.
Allah :)
jika remaja sekarang bercinta jatuh hati apabila melihat wajah pasangannya tapi saya boleh cinta rindu tanpa melihat Baginda ? Allahu Allah.

HEBAT !

hmm tapi ada perkara yang buat saya sedih, sedih sangat apabila Rasulullah selalu memikirkan umatnya. Lebih-lebih lagi, umatnya pada masa sekarang. Sampai akhir hayatnya juga masih memikirkan bagaimanakah keadaan umatnya nanti, Allah, sedihnya :'(
Saya lihat ade yang mengatakan aku rindu Rasulullah aku cinta akan Rasulullah tapi ia hanya pada kata-kata sahaja. Tidak dililetak dalam hati masing2. Ada yang masih kejar dunia tanpa mengingati kehidupan yang kekal.

Pemuda sekarang bukan lagi seperti pemuda zaman dahulu. Tiada lagi UMAR AL-KHATAB, tiada lagi TARIQ IBNU ZIYAD, tiada lagi SALLEHUDDIN AL-AYUBI, tiada lagi SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH. Apa yang pemuda sekarang buat demi saudaranya ? merempit ? dadah ? rokok ? lepak tanpa arah tujuan ?

Bangkitlah wahai pemuda-pemuda !  Kau adalah pemimpin !

Hmm saya nak ingatkan yang dunia kian tua, dah bila2 sahaja boleh kiamat. Takutnya :( bagi yang sedar tu, alhamdulillah. Bagi yang belum, semoga Allah memberi kesedaran dalam kadar segera. Allahumma Aminn.





WAHAI SEORANG KEKASIH

Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namun hati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.


Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kau tempuhi jua.


Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.


Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.


Selingan !
dearest my future zauj,
telah ku berjanji,
CINTAKU ini hanya untuk dirimu yang halal buat diri ini.
selepasnya Cinta Allah dan Rasulku :)





2 comments:

  1. Oh sy perasan sekejap,..apa kan daya Rasulullah memang layak untuk dicintai oleh umatnya,.semoga sama2 peroleh syafaat Baginda di Akhirat nanti :) aminn

    Assalamualaikum, apa khabar :)

    ReplyDelete