Monday, 19 December 2011

Untukmu Wanita

1. Rasulullah melaknat wanita yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.

2. Memakai gelang kaki - dan janganlah mereka "perempuan" menghentakkan kaki atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.

3. Memakai wangi-wangian - wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya,maka wanita itu telah dianggap melakukan zina.

4. Melabuhkan tudung - hendaklah mereka "perempuan" melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian dada-dada mereka.

5. Gigi - Rasulullah melaknat wanita yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.Dilaknat wanita yang menjarangkan gigi supaya cantik,yang merubah ciptaan Allah.

6. Muka dan leher - dan tinggallah kamu "perempuan" dirumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang dahulu(bersolek) dan membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher.

7. Muka dan tangan - Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis.sabda Rasulullah :  Wahai Asma ! sesungguhnya sseorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.

8. Pakaian - barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.

4 comments: