Thursday 23 August 2012

Kerana-MU Aku Berubah

Tuhan, ampunilah ketelanjuranku. Aku hamba-MU yang zalim. Aku hamba-Mu yang berdosa. Sudah segunung dosaku ini. Sudah selaut dosaku pada-MU. Kemana harus kutuju dengan tubuh yang kotor ini ? Sudah puas aku meratap. Akhirnya kusedari bahawa taubat hanya ada disisi-Mu. Aku ingin bertaubat Ya ALLAH.. masihkah KAU terima taubatku ini ? aku manusia hina ya ALLAH :'(

YA ALLAH..
Betapa banyak usia kubazirkan dalam dosa. Aku ingkar segala perintah-Mu. Ku turuti runtunan nafsu yang jahat itu. Apa sahaja bisikan syaitan aku ikut dengan rela. Kaki kuhayun mencari maksiat. Tanganku memegang dosa. Sepatutnya nikmat kaki dan tangan kugunakan untuk taat kepada-MU. Begitu juga dengan nikmat-nikmat lain yang KAU anugerahi, yang aku terima secara percuma.

YA ALLAH..
Masih sudikah KAU mengampuniku yang serba kotor ini ?
Aku bimbang ya ALLAH, jika KAU tidak mengampuniku. Jika usiaku panjang, aku akan hidup dalam kehinaan. Jika usiaku pendek, seluruh isi alam akan berkata ' Kami sudah tahu di mana kau akan dihumbankan buat selama-lamanya'.

YA ALLAH..
Dosaku terlalu banyak. Aku berasa malu. Namun, dengan penuh keinsafan aku merayu, kumohon KAu memberiku dua perkara. Aku ingin memohon keampunan-MU. Aku pernah mendengar mereka berkata, ENGKAU Maha Pengampun. Rahmat-MU juga Maha Luas.

Aku juga ingin memohon kesempatan usia. Aku berjanji ya ALLAH.. dalam keinsafan dan kesempatan usia ini untuk menjadi hamba-MU yang baik. Aku ingin menebus dosa-dosaku yang lalu. Aku ingin menjadi insan baru, yang tahu bersyukur kepada-MU. Kumohon KAU tidak mencabut nyawaku dalam kemurkaan. Kumohon KAU mencabut nyawaku dalam iman :')



YA ALLAH
DENGAN RAHMATMU
AKU MOHON
PERTOLONGAN DARIMU
PERELOKKANLAH
SEGALA URUSANKU
DIDUNIA MAHUPON AKHIRAT
amin.. amin.. amin


hanya pada-MU aku meminta, memohon dan merayu
Ya Allah 
Kau perkenankanlah segala doaku


hati dan perasaanku hanya ENGKAU sahaja yang tahu
Ya Allah.
sedihku, gembiraku, risauku, cemasku
hanya ENGKAU yang tahu
sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.


hanya pada-MU ku panjatkan syukur
ya RABB :')





No comments:

Post a Comment